https://darulkautsar.wordpress.com/ - FIQH ASMA' UL HUSNA (KARYA PROF DR ABDURRAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL 'ABBAD AL-BADR) - Sesi 9 - [MUQADDIMAH] Pengaruh Asma' ul-Husna Pada Penciptaan Manusia Dan Alam Semesta
Ust Shamsuddin Abd Rahman
Kota Bharu
4 Jun 2025
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1. [ 00:02:10 ] - Belajar tentang Asma' ul-Husna ialah belajar tentang tauhid, usul kepada agama. Orang musyrikin Mekah mengaku Allah yang mencipta alam ini tetapi tidak memberi hak yang sepatutnya kepada Allah kerana tidak faham hakikat tentang Allah itu sendiri.
2. [ 00:07:29] - Jadikan kekurangan di dunia sebagai modal atau penyebab untuk mendapat kelebihan di akhirat
3. [ 00:08:41 ] - Semua ciptaan Allah adalah rahmat
4. [ 00:10:13 ] - Ilustrasi pengaruh nama Allah dalam penciptaan alam semesta dan mengenal peranan nama-nama Allah dalam kehidupan kita. Nama-nama Allah seperti al-Hamiid, al-Majiid, al-Hakiim, al-Malik, al-Hayyu, al-Khalik, as-Samii’, al-Basiir, ar-Razzak dan sebagainya.
5. [ 00:19:52 ] - Orang yang menghayati kesan pengaruh nama Allah ke atas makhluk-Nya akan dikurniakan iman yang sempurna
6. [ 00:21:38 ] - Mengenal asma’ Ul-Husna boleh menarik cinta manusia kepada Allah, menjadikan dia sentiasa ingat kepada Allah dan menyembah kepada-Nya semata-mata
7. [ 00:24:30 ] - Selagi tidak mengenal Allah, ibadat kita tidak akan sampai ke tahap “makrifat”
8. [ 00:28:23 ] - Berdoalah kepada Allah sesuai dengan nama-Nya
9. [ 00:29:00 ] - Bertawassullah dengan nama-nama Allah yang baik (Asma' ul-Husna) untuk memohon pertolongan kepada Allah. Tidak dibenarkan menggunakan nama-nama makhluk (contohnya nama-nama "wali"), bila bertawassul.
10. [ 00:30:08 ] - Ada tiga kategori doa iaitu doa permintaan, doa pujian dan doa ibadah
11. [ 00:32:10 ] - Cara pembahagian lain kategori doa,
a. menolong orang (akan diganjari Allah)
b. amal agama Allah
12. [ 00:33:30 ] - .Allah mengajak hamba-Nya mengenal-Nya dengan perantaraan Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya, (maknanya, kajilah nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah). Dengan mengenal tuhan akan menjadikan kita takut dan patuh kepada Allah.
コメント