Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memberi amaran keras bahawa India akan menanggung akibat selepas melancarkan serangan peluru berpandu ke atas wilayah Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Islamabad pada Rabu. Pakistan mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat India dan menyifatkan insiden ini sebagai pertempuran paling buruk dalam lebih dua dekad antara dua kuasa nuklear tersebut. India pula menegaskan akan bertindak balas sekiranya Pakistan menyerang semula, sekali gus membangkitkan kebimbangan terhadap konflik berskala besar di rantau yang paling berisiko nuklear. Ketegangan berlaku ketika Pakistan baru mula bangkit daripada krisis ekonomi dan dalam usaha menstabilkan semula fiskal negara.
SUBSCRIBE now! @Astro Awani
https://www.youtube.com/c/astroawani?...
Berita lanjut di: http://grid.astroawani.com
Astro AWANI LIVE https://www.astroawani.com/video-terkini
Social Media:
FACEBOOK / astroawani
TWITTER / 501awani
INSTAGRAM / 501awani
TELEGRAM https://t.me/astroawani
#AWANInews
コメント