Pemberi maklumat yang mendedahkan video beberapa Adun di Sabah terlibat rasuah menyifatkan ia adalah skandal rasuah terbesar di Malaysia.
Ini kerana katanya, skandal itu melibat sembilan individu berprofil tinggi di mana ia tidak pernah berlaku di negara ini sebelum ini.
Dakwanya dalam satu temu bual bersama bekas menteri Zaid Ibrahim, dia terpaksa menawarkan sejumlah wang yang besar untuk mendapat lesen cari gali mineral kerana wujudnya amalan menekan peniaga demi memperoleh lesen itu.
コメント