Sidang khas Dewan Rakyat berkenaan isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) hari ini tegang seketika selepas Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berang apabila dirujuk seperti ‘terlepas kandang’ oleh Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim.
Kekecohan itu bermula ketika Shahidan dalam perbahasannya menggesa supaya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih bersemangat pada sesi penggulungan perbahasan itu pada hujung sidang khas hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Sany bangun mencelah dan menyifatkan ketiadaan semangat seperti yang disebut Shahidan itu sebagai punca kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning baru-baru ini.
Sumber video: https://www.youtube.com/live/jrmk0S0eF2c
コメント